Assalamualaikum.. kisah ni Fa karang sendiri.. jemput baca dan fahami..
Fajar terbit dengan perlahan dan suram. Dari samar-samar cahaya mentari itu, kelihatan sebuah rumah pusaka usang yang hanya diterangi dengan nyalaan pelita minyak. Pintu rumah yang hampir lekang itu diselaknya dengan perlahan. Sawah padi yang terbentang menjadi santapan pancaindera. Keluhan panjang jelas kedengaran dari bibir anak gadis itu. Rambutnya yang ikal dirapi dan disimpul menjadi sanggul. Pandangannya dialih kearah sekujur tubuh yang terbaring diatas tikar mengkuang dan berbantalkan lengan. Kain batik berwarna jingga lembut menyelimuti tubuh si kecil itu.
"Ibu, ibu kat mana? Liya rindu ibu. Baliklah bu." mulut anak kecil bernama Aliya itu terkumat kamit mengucapkan kerinduannya. Sebak dihati si kakak tak tertahan lagi. Mengalir deras air mata si kakak, Dian dek melihat rengekan adiknya.
Ibu. Sudah lama perkataan itu tidak terungkap. Setelah tiada lagi jasad di depan mata, hati sudah tidak kuat lagi untuk mengucapkan perkataan "ibu". Walau jiwa meronta dahagakan kasih dan pelukan hangat seorang insan bergelar ibu, namun dirinya degil , tak mahu menunjukkan rapuhnya hati didepan si adik.
" Dian, makan ni. Kejutkan adik kamu tu sekali. Ibu dah siap nak pergi kebun ni" seru Saadiah memanggil dua buah hati pengarang jantungnya itu. Hanya mereka peneman jiwa, setelah kematian suami tercinta tatkala anak-anaknya masih belajar bertatih. "Ye lah. Kejap lagi kitorang makanlah. Ibu makanlah dulu. Dian malas la nak makan ramai-ramai ni" sahutan si anak merenggut selera makannya. Terguris hatinya dek jawapan kasar yang diberi oleh Dian. Makanan yang terhidang diatas meja segera ditutup dengan tudung saji. Bekalan yang tersedia diatas kabinet dapur diambil dengan perlahan. Kakinya menapak keluar rumah menuju ke kebun pisang tinggalan arwah suami di seberang sungai yang menjadi punca pendapatan dia dan isi rumah.
Kedengaran bunyi derapan kaki dari tangga rumah kayu itu. Dian dan Aliya menuruni anak-anak tangga menuju ke dapur. Perut yang berkeroncong mendesak Dian mengejutkan adiknya untuk makan bersama.
Tudung saji dibuka dengan berhati-hati. Makanan yang tersedia ditatap dahulu sebelum dijamah. "Banyaknye makanan hari ni, kak Dian" suara adiknya menerpa ke telinga. Tak dinafikan, memang makanan yang tersedia lebih banyak dari pagi sebelumnya. Selalunya ibunya hanya menyediakan lempeng dan gulai ikan. Tetapi pagi ini, ada nasi, sup sayur, ikan goreng dan beberapa jenis kuih muih.
Tak disangka. Makanan itu adalah santapan terakhir Dian dan adiknya yang disediakan ibu mereka. Suara yang melaung mereka untuk turut makan bersama adalah suara terakhir ibu yang menerjah ke telinga. Kini, suara itu tiada lagi. Tiada lagi jasad yang memeluk mereka tatkala mereka menggigil ketakutan mendengar bunyi guruh dan melihat panahan cahaya kilat. Tiada lagi tangan yang membelai lembut rambut mereka sebelum tidur dan sediakan makanan tiap-tiap waktu makan. Tiada lagi. Dah tak de.
Kaki menapak menuju adik yang kini memeluk erat kain batik peninggalan arwah ibu. Kain terakhir yang dipakai oleh ibu sebelum meninggal dek ditimpa pohon tumbang di kebun. Tubuh adik yang kian kurus dirangkul lembut. Diciumnya dahi adik. " Ibu ada adik. Ibu ada kat syurga. Adik jadi anak yang baik ye. Nanti boleh tinggal ngan ibu kat syurga." ucap Dian bersama dengan deraian air mata. Aliya yang terjaga dek terkena titisan air mata kakaknya, memeluk erat kakaknya. "Adik sayang kakak.".
_____Tamat______
Sedih ark cita ni? Fa bukan sasterawan. Setakat tu je la yang Fa boleh tulis. Hope korang baca ngan perasaan la. Mesej yang cuba Fa sampaikan kat sini ialah =} HARGAILAH IBU.
Mesej pendek tapi ada makna yang mendalam.
Antara pesan Rasulullah kepada insan bergelar anak :
>> REDHA ALLAH S.W.T TERLETAK PADA REDHA IBU BAPA.
Sabda Rasulullah [maksudnya]:
"Redha Allah terletak redha kedua ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibu bapa."
[HR at-Tirmidzi]
>> BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA LEBIH UTAMA DARIPADA BERJIHAD DI JALAN ALLAH S.W.T
Seorang lelaki bertemu dengan Nabi S.A.W lalu bertanya [maksudnya]:
“Bolehkah saya berjihad?” Nabi S.A.W bertanya: “Adakah kamu mempunyai ibu bapa?” Jawab lelaki tersebut “Ya, ada” Maka Rasulullah bersabda: “ Berjihadlah kamu dengan menjaga keduanya.”
[HR Bukhari]
>> IBU MEMPUNYAI SEDIKIT KELEBIHAN BERBANDING BAPA DI DALAM ISLAM
Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Abu Hurairah R.A berkata [maksudnya]:
Datang seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak untuk aku melakukan kebaikan kepadanya?" jawab Nabi S.A.W " Ibumu" Dia bertanya lagi: "Siapakah selepas itu?" Jawab Nabi: " Ibumu" Dia bertanya lagi: "siapa pula selepas itu?" Jawab Nabi:" Ibumu" Dia bertanaya lagi:" Siapa pula selepas itu?" Jawab Nabi: " Bapamu".
In Shaa Allah, Fa harap perhatian yang kita berikan untuk ibu, akan berbalik kepada diri kita. Anak2 kite nanti pun akan melakukan kebaikan juga kepada diri kita. Ameen. N sempena bulan Mei ni, Fa nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu. Sebenarnya tiap2 hari pun hari ibu kan. Tapi, sekarang ni lagi2 kena sayang ibu. berikan penghargaan buat mereka. :)
Setakat tu saja post Fa untuk kali ni. Assalamualaikum.
P/S: [sempena cuti sekolah ni, ringan-ringankanlah tulang tolong ibu kemas rumah ke buat pe2 je lah untuk ibu.. n jangan lupa abah jugak.. Hee (^.^)v
No comments:
Post a Comment