Akukah dia?
Akukah khalifah yang mereka katakan itu?
Pantaskah aku membuat semua itu, sedangkan aku sendiri tidak terjaga..
Aku tahu, semua manusia itu adalah khalifah di bumi.
Aku juga tahu, dakwah itu wajib keatas setiap muslim.
Tapi, layakkah aku yang hina ini untuk berserta dengan mereka
yang ilmunya sudah setinggi gunung?
yang tunduknya kepadaMu serendah tanah?
Aku hina.
Ada saja kata-kata yang pernah kudengari, kembali terimbas...
" Lihatlah kepada apa yang dia katakan , dan janganlah kau lihat kepada siapa yang berkata , kerana jika kau melihat kepada siapa yang berkata, nescaya engkau tidak akan redha"
Benar. Berapa banyak kata-kata guruku yang aku langgar dek kerana melihat kepada guru yang berkata. " Huh. Cikgu tue pun sama je." Teringat kembali bicaraku bersama teman di kelas . Aku sedar. Aku salah banyak.
Dakwah, amar ma'ruf nahi mungkar. Mengajak kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dakwah itu banyak wasilahnya. Bahkan teman itu juga boleh menjadi wasilah. Aku pernah ditegur oleh teman dek kerana terlalu terbuai angin dunia. Terima kasih, sahabat.
" Bersendirian dapat mengelak diri kamu daripada berkawan dengan orang jahat tetapi berkawan dengan orang baik lebih baik daripada kamu hidup bersendirian" [Umar Al-Khattab]
Dakwah itu perlukan pengukuhan terhadap cinta Allah dan Rasulnya. Kita selalu saja melenting jika nabi dihina. tetapi hanya bersifat sementara bukan? kemudian, kembali jalani hidup seperti biasa. Adakah itu kecintaan yang kukuh kepada baginda? Astaghfirullahal azim.
Aku yakin, jika anda yang membaca mengenaliku, pasti kalian tidak akan terus membaca. Aku yakin sekali. Kerana aku ini tak lebih dari orang yang jahat. Bahkan lagi jahat dari penjahat yang membaca ini. Tapi, berilah kesempatan untukku terus menulis.
"JOM DAKWAH!!!"
No comments:
Post a Comment