Aku sering rasa kosong..
Rasa kosong yang tidak dapat diisi dengan kemewahan duniawi..
Rasa kosong kerana tiadanya cinta kepada Allah.
Pantas sekali, aku selalu gelisah..
Aku sering rasa kosong..
Rasa kosong yang tidak dapat diisidengan ketawa riang teman,
Rasa kosong kerana jauhnya aku dari Kitabullah
Pantas sekali, aku sering menangis.
Kadang-kadang, aku terasa terpinggir di samping teman..
Ya, mungkin kerana aku bukan seorang teman yang baik buat mereka.
Kata-kataku tidak semanis yang lain.
Aku tahu, aku patut berubah.
Terkadang, aku terdengar suara gelak tawa mereka melihat aku yang sering sendiri,
Biarpun, aku tahu ;
" There is no believing servant who supplicates for his brother behind his back [in his absence] that the Angels do not say: The same be for you too"
[ Hadith muslim]
Tapi, aku rasa mereka layak berkata sedemikian. Aku tidak tahu siapa teman sejatiku. Aku juga tidak mampu menjadi teman yang baik buat teman-temanku. Aku redha.
Aku ingin berubah. Ingin sekali menjadi yang dihormati. Pertuturan yang hikmah menjadi idamanku.
Kematian yang baik menjadi cita-citaku, husnil khatimah dan bukannya suul khatimah.
The Prophet S.A.W also urged the muslims to prepare for death and to take provisions for the Hereafter, He said: Be in this world like a stranger, or a wayfarer"
[Narrated by Bukhari]
No comments:
Post a Comment