Aku merintih. Aku menangis di malam yang
kelam. Saat mereka semua hanyut melayar bahtera malam, aku di sini. Di tikar
sejadah yang sudah lusuh. Air mata yang berlinangan tiadalah besar maknanya
jika nak kubandingkan dengan nikmat-nikmat yang telah aku dustakan selama ini.
Aku menyesal.
Namun, disaat aku mulai bangkit menggapai
redhaMu, aku tersungkur lagi buat kali kedua. Tapi, bukan tersungkur kerana
manisnya maksiat tetapi kerana peritnya ujian.
“Allah
tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” [al-Baqarah:286]
Apakah ini hukuman buatku kerana terlalu
alpa dalam beragama?
Atau inilah ujian yang Kau berikan kepadaKu untuk menguji
tahap keimananku?
Saat aku tahu nikmat sihatku telah Kau
tarik sedikit demi sedikit, aku melutut. Menitis air mataku dek kerana beratnya
ujian ini. Aku sedar, tubuhku ini milikmu. Bahkan rohku juga milikmu.
Aku hidup hanya untukMu. Aku lupa untuk apa
aku hidup. Hanya untukMu. Beribadah kepadaMu. Apa yang susah sangat buat aku
untuk memahami itu pun tidak aku tahu. Hairan.
Aku tahu sabar itu tidak semudah kata.
Keraskan hati untuk tidak menangis lagi,
itu sabar.
Litupkan bibir dari mengeluh ,itu sabar.
Tapi, mengapa yang aku selalu fikirkan itu
perit? Aku hairan.
“..Allah
menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu..”
[al-Baqarah:185]
Malam sudah semakin gelap. Dan aku masih
disini. Belum puas bersua dengan Tuhan. Tangan yang bergetar, perlahan-lahan
aku tadahkan. Suara tangisanku semakin kuat bunyinya. Aku tahan. Takut suaraku
mengganggu insan lain yang turut beribadah bersamaku. Ya. Biarpun aku saja yang
berada di sebalik tirai surau kecil ini. Justeru aku tidak tahu jikalau ada
jemaah muslimin yang juga sepertiku.
Tangan yang kutadahkan semakin bergetar.
Aku takut untuk meminta lagi. Kerana sudah banyak nikmatNya yang aku
sia-siakan. Aku gagahi. Berdepan dengan malu. Mata, aku tutupkan
perlahan-lahan.
“Ya Allah. Ampunkan segala dosaku.aku tak
lebih dari hamba yang hina. Ingatkan aku untuk apa aku hidup di sini. Aku tahu,
aku adalah khalifahMu. Namun, aku sering lupa, alpa. Ampunkan aku. Pimpinlah
aku untuk menggapai redhaMu. Utuhkanlah
hatiku ini dalam menempuh dugaanMu yang hanya secebis dari kenikmatan yang kau berikan buatku.
Berkatilah kedua ibu bapaku. Amin.. Amin ya Rabb”
Telah basah telekungku ini dek air mata
yang degil tidak mahu berhenti. Ku gagahi seluruh dayaku untuk bangun,
menunaikan beberapa solat sunat sebelum kembali menapak menuju ke kamar hostel.
Mungkin aku hanya diuji sedikit sahaja.
Tidak seperti mereka di zaman fir’aun.
Mereka, ahli-ahli sihir yang kembali kepada fitrah disiksa dan dihukum dengan berat ketika memeluk islam.
~~~~~~~~~
Bangunlah. Bangunlah duhai umat islam.
Kemana perginya nilai islam sebagai satu agama yang tinggi?? Takkan kau sanggup
sia-siakan perjuangan rasulullah yang sedaya upaya baginda, mencuba sebarkan
islam? Jika tidak kerana dia yang bernama Muhammad itu, pasti tidak aku kenali
islam itu.
Adakah kau lupa?
Kita pernah berkuasa ..
Adakah kau lupa?
Kita pernah
Berjaya..
Memayungi sepertiga dunia
Merentas benua
Melayar samudera…
Bila dengar lagu, semangatnya… tak der
lagu? Tak semangat la eh?
Astaghfirullahal azim.. beristighfarlah…
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Apa sumbanganmu untuk islam, duhai anak
muda??? :’(
No comments:
Post a Comment