Aku terpaku. Terpaku melihat kecantikan
wanita itu. Indah sungguh ciptaan tuhan. Subhanallah. Wajahnya yang putih
berseri, bibirnya yang merah merekah bagaikan mawar yang sedang berkembang.
Bentuk tubuhnya yang ideal.. segala yang aku lihat pada dia itu indah. Cukup
buat aku untuk mengakui indahnya Allah.
Namun, aku kembali mencambahkan minda.
Andai aku yang sama jantina dengannya
pun turut terpaku dengannya, apa pandangan sang jejaka di luar sana. Itu
yang aku takuti.
“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka
menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya
mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu.” [al-Ahzab:59]
Telah diwajibkan keatas seluruh umat islam
yang perempuannya untuk menutup aurat kecuali muka dan tapat tangannya. Namun,
hanya segelintir umat islam pada masa kini yang masih menjadikan syariat Allah
itu sebagai garis panduan walaupun itu yang sepatutnya. Aku bingung. Padaku,
mereka yang bertudung itu kelihatan lebih cantik dan sopan. Huh.
Mereka yang membuka aurat ini juga bukan
sahaja membuat aniaya keatas diri mereka sahaja [membuat dosa] , tetapi juga
telah menyebabkan dosa keatas lelaki yang bukin muhrim mereka kerana telah
melihat aurat mereka yang sepatutnya hanya untuk suami mereka sahaja. Aku
hairan. Dosa apa yang telah mereka lakukan sehingga kerasnya hati untuk
mengikut hukum Allah?
Bila ditanya kepada mereka, jawapan mereka tak lebih dari “ belum sampai
seru.” Nonsense!
“…dan janganlah kamu berhias dan bertingkah
laku seperti orang-orang jahiliah yang dahulu.”
[al-Ahzab:33]
Membicarakan tentang hal-hal sebegini,
memang membuatkan aku sakit hati. Astaghfirullahal azim. Tapi, ustaz di sekolah
selalu berpesan, jangan dipandang keatas perempuan-perempuan yang tidak menutup
aurat itu dengan pandangn hina. Kerana mungkin hidayah belum menyapa dirinya,
bahkan jika dia telah mendapat hidayah, dia boleh menjadi lebih baik daripada
kamu.
Aku juga merasa terpukul sangat waktu kakak
yang lebih tua di sekolahku puas mengingatkan kami yang pakai stoking dan
tudung labuh itu bukan peraturan sekolah semata. Tapi hukum Allah. Aku semacam
orang gila yang baru tersedar dari penyakit mental. Alhamdulillah. Telah kau
utuskan akhawat yang baik ini untuk menyedarkan kami.
Liqa’ nisa’ yang diadakan sewaktu pelajar
muslimin tiada disekolah untuk tunaikan solat jumaat, yang diadakan disekolah,
memang berperanan banyak dalam mengubah peribadiku.
Switch off! Tutuplah aurat itu. Sudah
sering sekali kita dengar analogi tentang coklat. Sekarang ni, nak tukar
analogi pulak boleh?
Bayangkan anda pergi sebuah pasar untuk
membeli persiapan membuat rendang hari raya. Kemudian, anda pergi ke seorang
penjual daging. Kemudian, ada dua jenis daging..
Daging A:
terdedah, busuk dan banyak lalat yang menghurung. Yek!
Daging B:tertutup dengan beg plastik dan
tidak ada seekor pun lalat yang berani menghinggap.
Kalau anda nak beli, anda akan beli yang
mana? Soalan yang agak bodoh. Andai aku adalah anda, justeru akan aku beli
daging B!
Daging
itu umpama perempuan sama ada ditutupi auratnya atau tidak. Dan lalat
itu adalah lelaki.
Sekali lagi kuulangi, TEPUK DADA TANYA IMAN. Aku malas
mengupas. Nanti aku jadi marah.
Aku juga baru belajar. Aku tidak mahu
berlagak arif. Yang penting buat aku, aku sedar yang aku adalah khalifah Allah.
Daieullah. Sedarlah duhai insan!
Wanita yang ada didepanku, segera aku
palingkan darinya. Aku takut pandanganku terhadapnya itu berubah menjadi
pandangan hina. Aku takut dosa.
No comments:
Post a Comment